Inilah dia bilik teraputik kelompok. Bilik ini mampu untuk mengisi 10 ke 13 orang ahli kelompok. Kelompok ponteng, merokok, datang lewat dan tingkah laku bermasalah akan dijalankan di sini.



Adakah kita kaunselor akan terus-terusan begini. Bila boleh fokus pada tugasan penyelidikan, kajian dan makmal-makmal yang boleh membantu keberkesanan tugasan seorang kaunselor....



Inilah dia antara aktiviti sebagai slot team building yang dikendalikan oleh UBKCJ untuk perkhemahan Pendidikan Moral SMKCJ.

"Lihatlah betapa dedikasinya kaunselor-kaunselor daerah Hulu Langat dalam menghadiri seminar ini.


Seminar Latihan Di ADTEC Shah Alam memberikan informasi terkini tentang keperluan pekerja mahir yang makin meningkat di Malaysia. Seminar ini telah memberikan info terkini betapa negara Malaysia
begitu serius dalam menyediakan prasana pengajian yang luas bagi memberikan ruang kepada pelajar-pelajar lepasan SPM dalam bidang kemahiran.
Kaunselor-kaunselor dari negeri Selangor telah diberi peluang untuk menghadiri seminar ini dan sudah pasti kaunselor daerah Hulu Langat tidak melepaskan peluang ini. IKBN, ILP, ADTEC dan beberapa lagi peluang-peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran tersedia untuk pelajar-pelajar kita. Harap seminar ini sedikit sebanyak dapat membantu kaunselor-kaunselor sekolah dalam memberikan maklumat terkini pada pelajar.

Pada 19 julai 2008 PRS CJ telah dijemput oleh SMK Abd. Jalil untuk menjadi Fasilitator program PRS mereka. Lihat tu bersemangat sungguh peserta-peserta PRS Abd. Jalil menjalani aktiviti berkumpulan. Semangat berpasukan yang ditunjukkan pasti membanggakan PRS seluruh Malaysia. Tahniah! buat PRS SMK Jalil yang begitu bersungguh-sungguh dalam mengharungi sungai asid .... PRS boleh....!!!

Newer Posts Older Posts Home