"Lihatlah betapa dedikasinya kaunselor-kaunselor daerah Hulu Langat dalam menghadiri seminar ini.


Seminar Latihan Di ADTEC Shah Alam memberikan informasi terkini tentang keperluan pekerja mahir yang makin meningkat di Malaysia. Seminar ini telah memberikan info terkini betapa negara Malaysia
begitu serius dalam menyediakan prasana pengajian yang luas bagi memberikan ruang kepada pelajar-pelajar lepasan SPM dalam bidang kemahiran.
Kaunselor-kaunselor dari negeri Selangor telah diberi peluang untuk menghadiri seminar ini dan sudah pasti kaunselor daerah Hulu Langat tidak melepaskan peluang ini. IKBN, ILP, ADTEC dan beberapa lagi peluang-peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran tersedia untuk pelajar-pelajar kita. Harap seminar ini sedikit sebanyak dapat membantu kaunselor-kaunselor sekolah dalam memberikan maklumat terkini pada pelajar.

Pada 19 julai 2008 PRS CJ telah dijemput oleh SMK Abd. Jalil untuk menjadi Fasilitator program PRS mereka. Lihat tu bersemangat sungguh peserta-peserta PRS Abd. Jalil menjalani aktiviti berkumpulan. Semangat berpasukan yang ditunjukkan pasti membanggakan PRS seluruh Malaysia. Tahniah! buat PRS SMK Jalil yang begitu bersungguh-sungguh dalam mengharungi sungai asid .... PRS boleh....!!!

Perkhemahan Suci Dalam Debu 2008 telah dijalankan di kem herba untuk membantu pelajar-pelajar agar dapat mengenali potensi diri dan memahami kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri. Kem dibawah penyelarasan Unit Bimbingan dan kaunseling ini adalah merupakan salah satu program Kaunseling Berfokus dalam kategori Masih Ada Yang Sayang (MAYS) sesi pagi.

Semoga keinsafan yang timbul dalam diri pelajar-pelajar ini boleh membantu mereka meningkatkan lagi kecemerlangan diri dan seterusnya memberi lonjakan dalam semangat menghadapi peperiksaan PMR dan juga SPM mereka. CJ the Best

Newer Posts Older Posts Home