Seminar Latihan Kemahiran

"Lihatlah betapa dedikasinya kaunselor-kaunselor daerah Hulu Langat dalam menghadiri seminar ini.


Seminar Latihan Di ADTEC Shah Alam memberikan informasi terkini tentang keperluan pekerja mahir yang makin meningkat di Malaysia. Seminar ini telah memberikan info terkini betapa negara Malaysia
begitu serius dalam menyediakan prasana pengajian yang luas bagi memberikan ruang kepada pelajar-pelajar lepasan SPM dalam bidang kemahiran.
Kaunselor-kaunselor dari negeri Selangor telah diberi peluang untuk menghadiri seminar ini dan sudah pasti kaunselor daerah Hulu Langat tidak melepaskan peluang ini. IKBN, ILP, ADTEC dan beberapa lagi peluang-peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran tersedia untuk pelajar-pelajar kita. Harap seminar ini sedikit sebanyak dapat membantu kaunselor-kaunselor sekolah dalam memberikan maklumat terkini pada pelajar.

0 comments:

Newer Post Older Post Home