salam semua, laaa tau -tau dah masuk ramadhan dan bulan posa...inilah masanya kita cuba baiki diri dan meraih sebanyak mana ganjaran yang boleh kita dapat dalam sebulan ini. Dan yang paling syyoook sekali ianya bermula dengan cuti sekolah...yeehhh... tak taulah asal mula sekolah jer mula pikir cuti..asal sekolah jer pikir cuti...agaknya item in memang kembar dari mula lagi kot...agaknyer kalau tak diwujudkan sekolah sah tak wujud rasa nak cuti nie kan? Semua orang tunggu cuti...cuti ghayo, cuti poso..cuti krismas cuti ghayo cino..cuti deepavali..dan macam--macam cuti...

Ader gek cuti rehat khas yang kebelakangan nie tak brapa nak khas pada guru-guru dah... kata cuti rehat bila cikgu mintak nak rehat depa tak bagi lak...tak faham mak cik...kalau dah susah no nak bagi janganlah wujudkan cuti rehat khas tu...tukar jer nama cuti tu pada "cuti bila kitaorang rasa nak bagi" hah..kan best tu..CBKRNB...keh..keh..amacam ok tak...

Bukan aper dah tajuk hari nie cuti..so kiter citer laa pasai cuti betoi tak... ader gek cuti sakit...hah..yang nie patutnya kita tak boleh dapat sebab cuti tu dah sakit camno nak bagi pada kita ..ye tak?? kesian cuti...dia pun ader hari sakit yek...

eehh...citer cuti nie tak sibuk shopping ker...shopping ghayo...oiii sori mak cik ..baru jer i hari poso dah nak citer ghayo...haru tul...poso pun tak tentu cukup lagi...heee..heee

ok sini dulu ..sampai sambung di keluaran akan datang...tata..titit..tutu...



SEMPENA HARI GURU PRS SMKCJ TELAH MEMBERIKAN SATU PERSEMBAHAN KHAS BUAT SEMUA GURU-GURU SMKCJ TERSAYANG DAN SESUNGGUHNYA JASA GURU-GURU DI SMKCJ MEMANG TIDAK DAPAT DI BALAS CUMA ANAK-ANAK MURID SENTIASA MENDOAKAN KESEJAHTERAAN GURU-GURU.. TERIMA KASIH CIKGU....

FROM PRS WITH LUV

COFFEE BREAK PRS






PRS SMKCJ telah mengorak langkah lebih jauh dengan mewujudkan program "Coffee Break" bagi meningkatkan kemahiran menolong mereka. Setiap hari Jumaat pada masa pertama semasa waktu "pembangunan Ihsan" PRS telah menjalankan program bersama pelajar-pelajar pendidikan khas. Setiap minggu PRS akan membawa topik-topik tentang sekolah, alam sekitar dan beberapa topik lain untuk mereka sama-sama berbincang dan berbual dengan pelajar2 pendidikan khas.







Pada 15 jun PRS SMKCJ telah mengikuti kursus ikhtiar diri di Lubok manggis, Hulu Langat yang dianjurkan oleh sekolah. Kursus ini benar-benar memberi ruang untuk PRS SMKCJ untuk berada dalam dunia yang mana memerlukan perancangan masa yang baik, kerjasama yang tinggi, sifat kepimpinan yang jitu untuk menjayakan misi yang telah diberikan di program ini. Peserta-peserta telah menyediakan makan tengahari, minum petang dan sarapan pagi dengan usaha sendiri yang mana mereka semua dikehendaki memasak sendiri makanan mereka. Mereka juga telah membuat "gadjet" seperti meja dari kayu, pagar temapat mereka sendiri dan juga alatan memasak mereka menggunakan seminimum peralatan yang telah disediakan. Hebat PRS SMKCJ dan tahniah atas kejayaan mereka dalam memenuhi misi program ikhtiar diri kali ini.







INGAT SENANG KE NAK JADI PRS?.... HAI KALAU HATI TAK KENTAL SURE GOYAH PUNYER JADI PRS. LIHATLAH BETAPA HEBATNYA KURSUS PRS LANJUTAN YANG DIBERIKAN KEPADA PRS SMKCJ SENIOR YG TERPAKSA MENGHARUNGTI ONAK DAN DURI UNTUK TAMAT LATIHAN SEBAGAI PRS SMKCJ.

TAHNIAH PRS SMKCJ...HEBAT....






Anda sudah burn out dengan kes-kes dan tugasan sebagai kaunselor seharian....beginilah salah satu cara kaunselor-kaunselor SMKCJ menagani stress dengan tugasan seharian yang tak pernah habis....

Inilah antara suasana ceria yang diwujudkan di Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKCJ. Apa yang penting???? Kerjasama..... dan saling memahami antara satu sama lain....





Inilah barisan PRS yang berdiri megah dalam menerima pelantikan sebagai PRS bertauliah di SMKCJ. "Bantu diri untuk bantu orang lain"

Older Posts